RATU HATIKU..



Ummi..
Kaulah CINTA PERTAMAKU..
Tika aku membuka mata..
Tika aku melihat dunia..
Tika kau memelukku..
Tika kau menciumku..
Tika kau menyayangiku tanpa henti..
Ummi..
Kaulah yang SATU..
Tiada dua dan tiga..
Tiada Ummi maka tiadalah aku di dunia ini..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Bagaimana mampu ku balas jasamu..
Melahirkan ku, mendidikku, menjagaku,
menyayangiku dan membesarkanku..
Mengajar ku erti kehidupan..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Kau tetap dihatiku..
Walau kita sering bergaduh..
Walau kita sering berselisih pendapat..
Walau kita sering berjauhan..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Kau sentiasa disisiku..
Tika aku memerlukan perhatian..
Tika aku dihimpit keresahan..
Tika aku digenangi air mata kesedihan dan kegembiraan..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi...
Kau yang tercinta..
Walau hatimu sakit dengan karenah anak2mu..
Walau hatimu dilukai dengan sikap anak2mu..
Kau tak pernah mengenal erti penat dan lelah tika menjaga anak2mu..
Kau sentiasa sabar dan tabah mengharungi anak2mu..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Kau tahu apa yg terbaik untukku..
Kau sentiasa mahu yg terbaik dariku..
Walau kau tahu kemampuanku..
Kau tetap menyokong setiap keputusanku..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Kau yg terindah dalam hidupku..
Kau tak pernah penat menasihatiku..
Kau tak pernah berundur dan putus asa kepadaku..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Terlalu banyak perihal dirimu..
Yang tak mampu ku lafazkan..
Yang terlalu cantik pada dirimu..
Yang terlalu baik dimataku..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Kaulah RATU HATIKU..
Kaulah ibu mithali wat diriku..
Kaulah ibu yang terbaik buatku..
Kaulah anugerah yg takkan ku sia2kan..
Kaulah insan yg mulia dihatiku..
Kau tak pernah melupakanku dalam DOAMU..
Kaulah segala-galanya…
Bagaimana bisaku membalasmu??..
Ummi..
Maafkan anakmu ini..
Andai terlalu banyakku menyusah dan menyakitkan hatimu..
Halalkan makan minum anakmu ini..
Halalkan segala tentang diriku ini..
Kanku doakanmu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Kanku hargaimu setiap saat bersamamu..
Kaulah segala-galanya…

Ya ALLAH..
Dialah UMMIKU..
Dialah CINTAKU, SAYANGKU, RATU HATIKU..
Dialah segala-galanya wat diriku..
Di dunia dan di akhirat..
Kerna tanpa REDHAMU tiadalah SYURGA untukKU..
AMINN..
~_~

0 comments:

SELAMAT HARI IBU & HAPPY MOTHER'S DAY...



Bulan Mei adalah bulan menyambut Hari Ibu Sedunia..Bulan yg bahagia untuk semua wanita yg bergelar IBU. IBU adalah insan yg paling ISTIMEWA dan paling penting dalam hidup kita kerana IBU adalah segala-galanya buat kita. Dan syurga itu dibawah tapak kaki ibu..Tanpa restu dan redha ibu maka siapalah kita di sisiNYA. Bila kita derhaka pada ibu kita maka ia juga sama dengan kita murka kepada ALLAH s.w.t..Maka laknatlah Allah kepada kita.

Saya ingin mengucapkan HAPPY MOTHER'S DAY!! kepada ummi tercinta dan tersayang..
LOVE U ALL MY HEART...UR HAPPINESS IS MINE'S TOO..

PENGORBANAN & JASA seorang ibu terhadap anaknya sangatlah mulia dan tak mampu kita balas..betapa besarnya dan bermaknanya ibu kepada kita, ibu yg mengandungkan kita selama 9 bulan kandungan, melahirkan kita,mendidik kita,menjaga, menyayangi dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang,kesabaran tanpa penat dan lelah. Maka hendaklah kita menghargainya setiap detik dan saat kita bersamanya. Setiap hari adalah hari ibu..Andai dia sudah tiada di dunia ini maka hendaklah kita mendoakan kebahagiaannya dan kesejahteraannya di dunia mahupun di akhirat.

(Dari Abu Hurairah r.a) " Datang seseorang menemui Rasulullah S.a.w dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?" Baginda s.a.w menjawab,"Ibumu." Kemudian siapa?" "Ibumu". Kemudian setelahnya siapa?" "Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu kembali bertanya,
"Lalu siapa?" "Ayahmu," jawab Baginda S.a.w )

AMINN YA RABBAL ALAMIN...^_^

0 comments:

20 PERKARA BURUK

Assalamualaikum…..

JANGAN LAKUKAN YG BURUK, LAKUKAN APA YG BAIK DAN JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA SAHAJA……… 20 PERKARA JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

0 comments:

PUJUKLAH IMAN KITA...

Duhai Iman..Pujuklah hati ini, agar ia tidak menangis lagi
Duhai Iman..Pujuklah hati ini, agar ia berusaha untuk memahami
Duhai Iman..Pujuklah hati ini, agar ia tidak berterusan menumpahkan 'mutiara' itu
Kerna maharnya tak ternilai.
Duhai Iman..Pujuklah hati ini, mengapa mungkin ia menipu
Andai terlalu sakit untuk di tanggung.
Duhai Iman..Pujuklah hati ini, agar ia tunduk hanya pada PENCIPTA HAKIKI
Katakan padanya Kau takkan disakiti.."
Andai Kau disampingNYA..."
Duhai Iman..Pujuklah hati ini, agar ia kembali tersenyum
kembali bersinar bak bintang di langit sana..
senyumlah duhai hati,...SENYUMLAH ^_^...

0 comments:

“Peringatan Bagi Yg Lalai…”


Dari Hadith Qudsi : BAGAIMANA KAMU MASIH BOLEH MELAKUKAN MAKSIAT SEDANGKAN KAMU TAK DAPAT BERTAHAN DENGAN PANASNYA TERIK MATAHARI KU.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKU itu :

1. NERAKA JAHANAM itu mempunyai 7 TINGKAT.
2. Setiap TINGKAT mempunyai 70,000 DAERAH.
3. Setiap DAERAH mempunyai 70,000 KAMPUNG.
4. Setiap KAMPUNG mempunyai 70,000 RUMAH.
5. Setiap RUMAH mempunyai 70,000 BILIK.
6. Setiap BILIK mempunyai 70,000 KOTAK.
7. Setiap KOTAK mempunyai 70,000 BATANG POKOK ZARQUM.
8. Di bawah setiap POKOK ZARQUM mempunyai 70,000 EKOR ULAR.
9. Di dalam mulut setiap ULAR yg panjang 70 HASTA mengandungi LAUTAN RACUN yg hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap POKOK ZARQUM mempunyai 70,000 RANTAI.
11. Setiap RANTAI diseret oleh 70,000 MALAIKAT.

Renung2kanlah wahai saudara/saudariku.. Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al-Baqarah (Ayat :159) : ” Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan2 dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh ALLAH s.w.t dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

(Peringatan utk Diriku Jua) ^_^

0 comments:

PILIHAN DI TANGAN KITA...

BARISAN DI AKHIRAT..

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”


Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datangberbaris-baris” (Surah al-Naba’)


Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”


Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengantidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA


Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA


Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KEENAM


Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KESEMBILAN


Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

“Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Subhanallah…

Renung2kanlah wahai sahabat sekalian..juga xlupa peringatan utk diri ana sama..moga kita sentiasa berada di barisan kedua belas iaitu ditempatkan dikalangan orang2 yg berbuat baik, beramal soleh dan kuat beriman kpd-NYA.. Amin..^_^

0 comments:

GERUN & MENAKUTKAN...

Luasnya Neraka..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

* Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

* Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

* Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

* Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,

* Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail:

* Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
* Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
* Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
* Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
* Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
* Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.

Kemudian Jibrail diam segan pada

Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Masya Allah…betapa besarnya kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap ummatnya ketika mendengar penerangan dari Jibrail ttg Isi kandungan dari setiap Pintu-pintu NERAKA JAHANAM…maka janganlah kita lalai terhadap dunia ini kerana DUNIA ini hanyalah sementara…yg kekalnya hanyalah AKHIRAT..

0 comments:

Menanti....dan terus menanti..

Salam Alaik...

Dah setahun lebih gakla aku menanti dengan penuh sabar..menanti apa ye??..msti korang tertanya-tanya kn?..hehehe..menanti untuk sambung belajarla..apalagi kn...dalam setahun tu ada jugakla aku dapat timba pengalaman bekerja di Pusat Jualan HPA sbgai Pembantu Jualan di kedai Taman Seri Indah, tempat aku tinggal selama 5 bulan gakla..Kemudian Sekolah Rendah Al-Islah sebagai guru sandaran selama 5 bulan..kemudian aku dapat tawaran kerja kat Hospital Kepala Batas (HKB),Pulau Pinang sebagai Pembantu Tadbir HERMIS(sambilan) selama 5 bulan gak.

Alhamdulillah byk yg aku belajar dan timba ilmu dari pengalaman bekerja ngn sektor swata dan sektor kerajaan ni walaupon dalam masa yg singkat..Lagipon selama ni aku memang dok berangan2 dari kecik teringin nk keje kat pejabat tak kirala kerajaan atau swasta janji ada pejabat..hahaha..^_^..Masalah btul..hehe..

Sekarang tinggal 2 bulan lagi untuk tunggu result UPU keluar..hujung bulan JUN 2010 ni la..DOAKAN EH..^_^. Dan ada jgk selain dari menanti sambung belajar..hehehe..menanti bila la saatnya tu??..huhu..

Menanti dengan sabar...dengan bekerja di lain2 tempat ni sebenarnya banyak mengajar aku cara handle dan berdepan ngan situasi realiti dunia pekerjaan yg sebenar. Selama ni aku ingat kejenya mudah cam pegi keje pagi2 balik petang2..rupanya itu hanyalah gambaran luaran je..tapi bila berdepan ngan masalah dalaman barulah tahu kesannya..hehe..n aku berpeluang rasa apa yg pekerja2 bahagian pentadbiran khususnya (human resource) kena handle byk kerja..memang bertimbun kerja xpernah selesai, dimarah, dimaki, di tuduh macam2, dilempar kata2 kasar oleh pelanggan terutamanya..huhu..CABARAN sungguh..dan perhubungan sesama pekerja yg dianggap sebagai keluarga..Kenangan yg takkan pernah luput dari ingatan aku wat SELAMA2 NYA...

"..................." ^-^

4 comments:

GERAM..SAKIT HATI..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

SALAM ALAIK..

Hari ni masuk second day aku start keje kt taska Ummi..lagipon bukan kali pertama aku keje ngn ummi pon..dok tolong2 jgk sblum ni..tapi kali ni berlainan, sebab aku bertanggungjawab mengajar budak taska tu ilmu yang bermanfaat dan penting untuk masa depan diorang kelak juga berperanan dalam memantau pembelajaran, sikap dan disiplin diorang..BESAR tanggungjawab tu..huhu.

Rini aku nk cakap betapa tak puas hatinya aku dengan bberapa orang pekerja ummi sebelum ni yang meninggalkan tabiat yang sepatutnya tak berlaku dan tak diajar di taska ni. Kat TASKA ni budak2 yang dijaga dengan baik sepatutnya diajar cara2 berdikari tapi yang sebaliknya pulak yg berlaku. Budak2 jadi manja terlebih..susahla camni!!..kenala pikir sikit apa kesan dan akibat jika benda ni berlaku dan diajar bermanja berlebihan..tempiasnya kena kat pekerja baru yg ganti diorang..MASALAH betull!!..

Dan benda ni sebenarnya dah lama aku perhatikan sebab selain dari tolong ummi kt taska dulu aku juga jadi pemantau aktiviti yang dilakukan oleh guru2 disini.
Dan sepatutnya masalah ni dilihat dan diperbaiki keadaannya..tapi nilah masalah orang mealyu kita, cakap tak serupa bikin maknanya cakap je tapi tak buat pon..camner ni..geram betul aku dengan perangai dan sikap yg berlaku ni..

Masalah yang jadi sekarang budak2 dah mula buat perangai bila orang yg manjakan diorang dah berhenti. Yang aku nk tegur kt sini sal waktu makan..budak2 taska ni diajar cara2 makan sendiri tapi ada sesetgh budak yang memang suka wat perangai dan minta disuapkan..Bila berdepan ngn masalah ni kita sepatutnya bertegas dengan diorang bukan memenuhi kehendak diorang..dan sebenarnya apa yang budak tu dapat dari situasi camtu??..pernah terfikir tak??..siapa yg mengajar dan siapa yg mendengar/mengikut sebenarnya??...KITA (sbgai guru) k atau BUDAK2??!!!..

ADUHH...itu baru satu perangai..tak cakap lgi pasal perangai dan macam2 kerenah tu..Memang pening jaga budak2 ni..tu aku pnh kata, aku kalau jaga budak kecik or baby lagi aku suka berbnding dgn budak2 yg besar sikit nih..baby just meragam je xbnyk kerenah..huhu..tapi xpela kan nama pon tanggungjawab..so kenala laksanakan ikut perintah..^_^

Satu lagi kena berani tegurla..jgn cakap tapi xtegur..ni satu hal jugak..mls nk cakap kt sini..KORANG fikirlah seniri!!..hmm..xmarah dan xmengata just nk kongsi serba sedikit ketidakpuasan hati yg bersarang di hati..supaya bila dah luah xkkn tertanamnya dendam or sifat2 yg boleh membawa keburukan.

Insyaallah..moga selepas ni takkan berlaku lagi perkara sedemikian lagi sepanjang jagaan dibawah aku. Akan ku perbaiki dan perbaharui aktiviti2 yg kurang menjadi lebih menyeronokkan dan memberangsangkan..Insyaallah..Doa2kanlah ye.

p/s : MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA. KONGSIAN SEMATA-MATA. ^_^

0 comments: