Dalam dunia ini kita tidak punyai sesiapa, kecuali diri sendiri..
Tetapi..dlm kita bersendirian, kita beruntung kerana..
Mempunyai seorang sahabat yg memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dia, tetapi kita sering terlupa akan hal itu...
Kita cuma mengambil kira ttg harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberinya peluang utk dia menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya bagi menutup kesilapan dan membela diri...
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti2,
Kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati,
Kita beri seribu alasan memaksa dia menerima alasan kita,
Waktu itu terfikirkah kita akan perasaannya...?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tapi kita sering terlupa.
Untung mempunyai seorang sahabat yg memahami,
Yang selalu berada di sisi sewaktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan kepada kita sbgai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang2 terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin
di kongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberinya peluang untuk menceritakan
rasa bimbangnya...? Rasa takutnya...?
Pernahkah kita menenangkannya sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniupkan semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai?
Kita boleh jadikan tempat untuk bersandar bila dia memerlukan
seorang sahabat di sisinya sebagai kekuatan..
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
Kerana dia juga seorang manusia, ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat di sisinya sebagai kekuatan...
Kita selalu melihatnya ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan..
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
RENUNGILAH, hargailah sebuah PERSAHABATAN kerana disebaliknya ada segalanya...
ERTI SEBUAH PERSAHABATAN..
About author: ..CuPcAkE..
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: