GERAM..SAKIT HATI..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

SALAM ALAIK..

Hari ni masuk second day aku start keje kt taska Ummi..lagipon bukan kali pertama aku keje ngn ummi pon..dok tolong2 jgk sblum ni..tapi kali ni berlainan, sebab aku bertanggungjawab mengajar budak taska tu ilmu yang bermanfaat dan penting untuk masa depan diorang kelak juga berperanan dalam memantau pembelajaran, sikap dan disiplin diorang..BESAR tanggungjawab tu..huhu.

Rini aku nk cakap betapa tak puas hatinya aku dengan bberapa orang pekerja ummi sebelum ni yang meninggalkan tabiat yang sepatutnya tak berlaku dan tak diajar di taska ni. Kat TASKA ni budak2 yang dijaga dengan baik sepatutnya diajar cara2 berdikari tapi yang sebaliknya pulak yg berlaku. Budak2 jadi manja terlebih..susahla camni!!..kenala pikir sikit apa kesan dan akibat jika benda ni berlaku dan diajar bermanja berlebihan..tempiasnya kena kat pekerja baru yg ganti diorang..MASALAH betull!!..

Dan benda ni sebenarnya dah lama aku perhatikan sebab selain dari tolong ummi kt taska dulu aku juga jadi pemantau aktiviti yang dilakukan oleh guru2 disini.
Dan sepatutnya masalah ni dilihat dan diperbaiki keadaannya..tapi nilah masalah orang mealyu kita, cakap tak serupa bikin maknanya cakap je tapi tak buat pon..camner ni..geram betul aku dengan perangai dan sikap yg berlaku ni..

Masalah yang jadi sekarang budak2 dah mula buat perangai bila orang yg manjakan diorang dah berhenti. Yang aku nk tegur kt sini sal waktu makan..budak2 taska ni diajar cara2 makan sendiri tapi ada sesetgh budak yang memang suka wat perangai dan minta disuapkan..Bila berdepan ngn masalah ni kita sepatutnya bertegas dengan diorang bukan memenuhi kehendak diorang..dan sebenarnya apa yang budak tu dapat dari situasi camtu??..pernah terfikir tak??..siapa yg mengajar dan siapa yg mendengar/mengikut sebenarnya??...KITA (sbgai guru) k atau BUDAK2??!!!..

ADUHH...itu baru satu perangai..tak cakap lgi pasal perangai dan macam2 kerenah tu..Memang pening jaga budak2 ni..tu aku pnh kata, aku kalau jaga budak kecik or baby lagi aku suka berbnding dgn budak2 yg besar sikit nih..baby just meragam je xbnyk kerenah..huhu..tapi xpela kan nama pon tanggungjawab..so kenala laksanakan ikut perintah..^_^

Satu lagi kena berani tegurla..jgn cakap tapi xtegur..ni satu hal jugak..mls nk cakap kt sini..KORANG fikirlah seniri!!..hmm..xmarah dan xmengata just nk kongsi serba sedikit ketidakpuasan hati yg bersarang di hati..supaya bila dah luah xkkn tertanamnya dendam or sifat2 yg boleh membawa keburukan.

Insyaallah..moga selepas ni takkan berlaku lagi perkara sedemikian lagi sepanjang jagaan dibawah aku. Akan ku perbaiki dan perbaharui aktiviti2 yg kurang menjadi lebih menyeronokkan dan memberangsangkan..Insyaallah..Doa2kanlah ye.

p/s : MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA. KONGSIAN SEMATA-MATA. ^_^

0 comments: