Niat kerana ALLAH....

Assalammualaikum...
Ingin sy disini bertanya kepada shbt2 semua..saya ingin sentuh sikit berkenaan pakaian NIQAB dikalangan shbt2 muslimat kita..
Pada masa kini, sy melihat makin maju negara kita makin ramai wanita yang berpurdah..adakah mereka memakai niqab ini kerana mengikut fesyen dan trend semasa ataupun NIAT kerana ALLAH SWT..??..

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR??...
bagi sy ALHAMDULILLAH, baik.. jika mereka yg memakai ini berniat kerana Allah, berniat untuk melindungi aurat yang terbuka atas sebab2 tertentu..tetapi jika niat hanya untuk mengikut fesyen terkini, saya nasihatkan..ubahlah niat anda itu, kerana anda takkan pernah tahu apa pemikiran masayarakat sekrg ini...muhasabah diri balik..

kadang2 sy xberkenan jugak..
yelah..sy tau anda berpurdah, tetapi jgnlah merosakkan persepsi masyarakat terhadap pemakai yang lain..kerana sikap dan perangai anda yang mengikut budaya barat untuk bercouple, berpasangan, berdating dan sebagainya adalah perkara yang menjatuhkan maruah wanita ISLAM..JIKA ANDA ISLAM..anda patut tahu hukum semua ini..jika anda Islam dan kurang faham terhadap hukum dan syariat Islam ini, bukankah anda patut ada inisiatif untuk memahaminya..janganlah lupa kita ini hanyalah hamba kpdNYA..segala keindahan dan kemewahan dan kebendaan yg kita miliki hanyalah pinjaman dariNYA..

dan juga pada mereka yang menggelar diri sebagai "pendakwah" atau kalifah Allah dimuka bumi ini...xkirala sesiapa pun..apa peranan anda untuk memulihkan masyarakat skrg yg sudah lari dari Islam ini..Islam pada nama tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu Islam tanpa mengikut aturan dan hidup Islam..janganlah menuding jari pada orang lain jika diri sendiri masih belum lurus, janganlah ada hati nk berdakwah pada orang lain jika diri juga msih melakukan perbuatan yang sama dgn org yg nk didakwah..memangla kita manusia biasa..ada kelemahan,tapi kita mampu untuk mengubahnya..anda tahu tugas anda so lakukanlah!!..

dan tunjukkanlah imej yg betul..jika anda berpurdah, bertudung berperibadi mulia,tunjukkanlah perangai dan sikap yg betul..
bergaullah dengan masyarakat, jgnlah hanya bergaul dengan manusia yg sefikrah sahaja..sesungguhnya jika anda bergaul dgn org ramai anda akan dapat kelebihan yg byk dan manfaatnya...

bahkan makin maju sesuatu bangsa itu makin xbertamadun jadinya..
adakah kita mahu berada pada tahap demikian..??...

itu saja dari sy..peringatan ini untuk semua,xterkecuali..juga untuk diri sy..
wallahualam...

0 comments:

Apakah perasaan ku sebenarnya??....

Slm..
Petang semalam aku dapat berita sedih dari temanku...ayah dia dah meninggal dunia..Innalillah wainna ilahi raajiun....Ya Allah ujian ini benar2 berat bagi dirinya...tapi knp aku xrasa pape perasaan simpati padanya...blur je...kosong...aku smcm xdak feeling apa2 langsung..apala aku ni...adakah aku jahat sgt smpai xdak perasaan kemanusiaan spt itu???....aku terfikir jugak adakah aku xberperasaan disebabkan dia penah lukakan hati aku....huhu..

YA ALLAH..AMPUNKAN PEMIKIRAN KU INI...
YA ALLAH..TENANGKANLAH DIRINYA..
TABAHKANLAH DIRINYA MENGHADAPI UJIAN YG KAU TURUNKAN KEPADANYA..AKU MEMOHON KEPADAMU...
LAPANGKANLAH DADANYA MENGAHRUNGI HIDUP SEHARI-HARI...

YA ALLAH...

SETIAP YANG HIDUP ITU PASTI AKAN MATI JUA..
SETIAP YANG DIMILIKI ITU HANYALAH PINJAMAN SEMATA-MATA..
KEPADANYALAH KITA HIDUP DAN KEPADANYALAH KITA KEMBALI..
KITA BUKAN SESIAPA...

PERINGATAN UNTUK DIRIKU JUA..

0 comments: