SABARLAH..

Dugaan adalah satu kebiasaan,
bagi hati2 yang rindukan keredhaan ILAHI..

Bukanlah bergelar insan andai tiada dugaan,
kerana dunia itu adalah hamparan UJIAN..

Setiap insan pasti berdepan dengan mehnah ujian,
Cuma bentuknya sahaja yang berbeza mengikut KEMAMPUAN..

Ada yang dalam DERITA hingga menitisnya AIRMATA..
Rebahnya JIWA dalam menghadapi ujian melanda..
Dan ada yang dihamparkan KEBAHAGIAAN..
untuk menguji KESYUKURAN..


" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada (musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. " {Al-Baqarah : 155}

Setiap dugaan dan ujian dari ALLAH s.w.t adalah merupakan Kasih dan Cintanya kepada setiap hambanya untuk melihat adakah hambanya masih setia beriman kepadanya?..apakah hambanya masih kuat menghadapi setiap ujian yg diberinya?..dan melihat bagaimana kita menghadapi setiap ujian itu. Maka janganlah kita cepat berputus asa kepadanya,bersangka baiklah dan bertawakal kepada ALLAH s.w.t..nescaya setiap ujian yg diberi pasti ada jalan keluarnya dan pasti ada Hikmah disebaliknya. Kuatkanlah kesabaran dalam diri kita kerana SABAR itu juga merupakan sebahagian daripada IMAN.

0 comments: