Semua orang ingin mencintai dan dicintai. Cinta yang pasti berbalas daripada Ilahi adalah suatu nikmat yang tidak ternilai dengan apa jua. Cinta agung yang bisa membuatkan kita menjadi luar biasa dalam kehidupan di tengah masyarakat yang ketandusan cinta dalam ertikata yang sebenar. Kadang-kadang cinta itu indah bila dilampiaskan kepada manusia namun keindahannya akan pudar jua. Akan tiba masa benda yang dicinta pergi meninggalkan kita. Namun, Allah yang kita cintai takkan pernah musnah dan hancur. Dia sentiasa hidup dan tidak mati. Dialah yang paling besar dan paling agung, paling berkuasa dan pentadbir sekalian alam. Firman Allah yang bererti: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Al-Baqarah: 186) Bayangkan kita bersedia menjawab panggilan bila si kekasih hati memanggil. Namun setelah sekian lama masih juga tiada panggilan, lantas kita menjadi kecewa dan tidak lagi berminat untuk menjawab panggilannya di masa hadapan, atau mungkin kita sudah ada kekasih hati yang lain. Ingatlah, Allah sentiasa menunggu untuk kita membuat panggilan kepada-Nya melalui doa-doa yang khusyuk dan ikhlas, namun kita tak juga memohon kepada-Nya. Namun, Allah akan terus menerima panggilan kita andai suatu hari kita teringat dan mengadap-Nya dengan penuh ikhlas. Itulah luar biasa cinta Ilahi, kasih yang tak pernah terbanding dengan cinta manusia yang cepat pudar dan mungkin tak berbalas! Biar berkali-kali kita membuka lembaran dosa, Dia sentiasa bersedia mengampunkan. Biarpun Dia kita pedulikan, Dia tak pernah bakhil untuk memberikan kita makan dan hidup di bumi-Nya. Biarpun agama-Nya kita hina dan kita abaikan, dia tak pernah menahan kita daripada terus bernafas menghirup udara-Nya. Agung…Sungguh Agung cinta Ilahi! “Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (An-Nuur,24: 35) Temukan cinta sejatimu Ramadhan itu datang dengan penuh erti buat mereka yang tahu menghargai. Ia adalah satu perangsang kepada hati untuk semakin dekat kepada Ilahi, dan perangsang manusia menggapai cinta sejati. Bukan hanya sepanjang Ramadhan, tetapi momentum tadi terus dibawa hingga melepasi Ramadhan dan dihangatkan lagi menjelang Ramadhan seterusnya. Carilah cinta sejati yang akan membawa kita melayari kehidupan yang lebih bererti dan lebih terisi. Jangan sampai kita dikaburi dengan cinta yang merosakkan hidup dan memusnahkan matlamat dan cita-cita. Temukan cinta di sebalik Ramadhan! Bagaimana?
1. Banyakkan membaca Al-Quran dan mentadabburinya
2. Bangun malam dan merintih sepenuh hati
3. Mengisi masa lapang dengan Zikrullah
4. Memberikan tazkirah kepada orang lain untuk sama-sama mencintai Allah.
5. Menjauhi segala perkara yang dibenci Allah
6. Mendekatkan diri dengan orang-orang soleh
7. Membanyakkan sedekah untuk mengikis cinta pada harta
8. Dan lain-lain lagi…Fikir-fikirkan
MENCARI CINTA DI BULAN RAMADHAN.....
About author: ..CuPcAkE..
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: