SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi
By: SaYa BuKaN TaK NAk JaWaP KoMeN KaMu,TaPi SaYa MaLu SeBeNaRnYa (-'_'-)

0 comments:

Salam Lebaran ^_^

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

kpd semua warga blog dan sahabat handai.

Maaf Zahir Batin..

pada semua shbt seperjuangan dan pembaca blog sekalian..andai terkasar bahasa, tersalah silap dalam memberi peringatan kepada diri jua semua...moga anda semua dapat menikmati hari ini dan seterusnya dengan bahagia...amin ya rabbal alamin..^_^.

0 comments:

^_^

" SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK " kepada semua umat Islam didunia ini..moga di bulan ini kita dapat menambah bekalan kita diakhirat kelak. amin..Selamat berpuasa ye semua..Ikhlas dr saya..^_^

0 comments:

SANTAI TAPI MENARIK...



pada Tanggal 20 MEI 2011.. 3 hari 2 malam. Aku mengikuti program Kem Kepimpinan Pendakwah MAMPU, di Seri Pengantin Resort Janda Baik, Bentong Pahang Darul Makmur. Anjuran Perkim Kebangsaan. 3 orang wakil dari UniSZA. Aku, yana n taufik..programnya santai tetapi menarik..haha..malas nak hurai panjang2..

Comment dari aku:

* best
* menarik
* gempak
* input dapat gak..
* aku suka tempatnya..
* banyak network aku dapat
* penginapan selesa ar, makanan sedap ar..
* cantik dan tenang je..
* ada gak boring, tapi overall bestla!
* ada lagi program cmni aku nk ikut n improve diri..Insyaallah.

GAMBAR AKU N PESERTA..







just enjoy..^_^

1 comments:

Teacher's Day..

Teachers always said..
to be successful u must learn how the successful person lives and study,then u must apply it in ur daily life..
to be successful u must learn what the failers always neglect..
to be successful u must learn how to control ur emotion..
to be successful u must do what ur teachers said..
to be successful u must hear what ur parents told..
to be successful u must know how to respect others..
to be successful u must hardworking in anything you do to achieve ur goals in life..

Teachers always said..
to be success is not hard either not easy..
to be success u must independent..
to be success u must gain more knowledge and experience..
The question is Do You?
Do you want it badly enough?
I’m not going to make you but if you don’t you’ll regret it
so that those all can easier lead u to ur goals..

Teachers always said..
never give up!
never give up my son!
never give up my dear!
never give up until u achieve ur ambition and ur dreams!

Teachers always said..
we will support all our students..
we will always lead our student to successful in their life..
we will always make kids work harder than they ever thought they could..
we educate illuminate, enlighten, inspire, empower our student..
we give advises, we guide them and we shows the way or the path where they should go..
we encourage them when they fail..and success..

As a TEACHERS we never quit..and never GIVE UP to lead our students until they've succeed in their lifes...

GAVE THANKS AND AKNOWLEDGEMENTS TO TEACHERS..
THAT MAKE US TO BECOME SUCCESSFUL PERSON NOW..

~THANK YOU & HAPPY TEACHER'S DAY!!~

=D

0 comments:

Terbaik ke??...

aku de pakwe..
pakwe aku baikla..
pakwe aku jaga aku..
pakwe aku sayang aku..
pakwe aku bagi banyak hadiah kat aku..
memang terbaiklah pakwe aku!!

aku de pakwe..
aku panggil dia(hubby)..
dia panggil aku(honey)..
pakwe aku hensem n aku cantik..
sepadan dan cute kan??..
memang terbaiklah pakwe aku!!

apa lagi ye..

(ni la statement remaja kita zaman sekarang)
berlumba-lumba kejar yang tak halal..
peluk,pegang tu biasa arr..nak malu wat pe?..pakai baju kan..


TERBAIK KE??..
kalau awal2 lagi dah ada gelaran..
kalau awal2 lagi dah pegang sana sini..
kalau awal2 lagi dah buang duit pada orang yg xsepatutnya..
kalau awal2 lagi dah suh kita wat yang tak baik..
kononnya "abg sayang ayang, so ayang kenala bagi apa yang abg nak"..
baguslah!!

TERBAIK KE??..
kalau awal2 lagi dia dah minta mahkota kita..
kalau awal2 lagi dia dah ajak kita dating..
kalau awal2 lagi dia suh kita ikut cakap dia..
kalau awal2 lagi dia suh kita tangguh solat..QADA' je katanya..
kononya persediaan awal nak kawen..
banyak cantik!!

kau kata kau pemimpin!!
so apa yg kau pimpin sebenarnya?!!
IMAN KE NAFSU??!
bila ditegur kau melenting!!..
bila orang tak tegur kau suh tegur..
kononya boikot "COUPLE" tapi kau COUPLE jugak..
apa kess!!..

nak cakap bagi jelasla..
jangan buat orang tuding jari kt muka kita balik..

sekadar renungan..
^_^

0 comments:

AMARAN Dari ALLAH, Di DALAM MULUT BAYI. Must READ.!

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY Message:
by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............

Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut... Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........

Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat.................... Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina) "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

0 comments:

Terimalah Teguran dariNYA..

aPa Salahnya kau terima teguran dari aku..
aPa Salahnya kau terima nasihat dari aku..
aku tidak rugi apa-apa..bahkan kau yang rugi!!

aku bukan tidak puas hati dgn Kau,
aku bukan nak cari pasal dgn Kau,
aku bukan nak tunjuk baik dgn Kau,
aku hanya jalankan tugas aku sbgai seorang shbt, so aPa Salahnya??

kEnApA mesti Kau Ego??..
kEnApA mesti Kau Bongkak??..
kEnApA mesti Kau Sombong??..
padahal kita ni SAMA je levelnya...
dan INGAT kita ni lebih HINA di sisiNYA..

terimalah teguran dari sahabat anda,
nescaya tidak mustahil nasihat itu adalah teguran dariNYA melalui shbt anda,
dan setiap teguran itu ada hikmah disebaliknya, ada ganjaran disebaliknya..

NEVER GIVE UP IF HE DOESNT GIVE UP ON U!!

0 comments:

..aKu..t!DaK..sEmPuRnA..




AKU TIDAK SEMPURNA..
aku sering melakukan kesilapan,
aku sering mengabaikan solatku,
aku sering mengutamakan kerja duniaku daripada kerja akhiratku,
aku sering mengutuk diriku..

AKU TIDAK SEMPURNA..
aku sering alpa dengan keseronokan dunia,
aku sering alpa dengan kesibukan dunia,
aku sering lalai dengan kemewahan dunia
tanpa mengucapkan Syukur kepadaNYA..

AKU TIDAK SEMPURNA..
aku sering lupa tanggungjawabku kepada agamaku,
aku sering lupa menasihati diriku agar menjaga akhlak peribadiku,
bahkan aku senang dengan maksiat yang aku lakukan,
sehingga tiada sekelumit rasa BERDOSA dan TAKUT kepada AZAB & BALASAN-NYA..

AKU TIDAK SEMPURNA..
aku ingin berubah,tetapi tiada usaha untuk berubah,
aku ingin menjadi baik, tetapi masih berdendam dan berdengki
dengan orang lain,
aku ingin melakukan kebaikan, tetapi selalu je tertangguh
kerna sibuk dengan urusan dunia yg tidak pernah berhenti,

aku ingin..aku ingin...aku ingin..dan aku ingin...
aku tidak..aku tidak..aku tidak..dan aku tidak...


SEHINGGA BILA AKU MAHU BEGINI??!!..

TIADA USAHA MAKA TIADALAH HASILNYA..
BERUBAH UNTUK DIRI DAN UNTUK MENCARI KEREDHAAN-NYA..
ITU YANG PALING UTAMA!!
ISTIQAMAHLA DGN APA YANG ANDA LAKUKAN,
JANGAN HANYA BERANGAN TETAPI TIADA TINDAKAN UNTUK MELAKUKANNYA!!

Sekadar Renungan dan perkongsian semata-mata..^_^

0 comments:

Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama -

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya).

Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah.

Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya.

Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah pandangan anda??..pernahkah anda menemui keadaan dan situasi diatas??..

Jika pernah maka wajiblah anda peranginya!!...kerna golongan inilah yang akan merosakkan dan mengkucar-kacirkan hukum ALLAH s.w.t..mereka merasakan ilmu mereka menggunung tinggi tetapi hakikatnya ilmu mereka hanyalah omong-omong(kata-kata kosong)..tanpa bukti dan pengetahuan serta penghayatan yg mendalam terhadap ilmu agama...

TIDAKKAH ANDA SEDIH MELIHAT AGAMA KITA DIKECIL-KECILKAN??...TIDAKKAH ANDA SEDIH MELIHAT AGAMA KITA DI PIJAK-PIJAK OLEH MANUSIA DRPD GOLONGAN INI??..

FIKIRKANLAH!!..

0 comments:

RAMA-RAMA..seindah namanya..

Wanita dan Rama-Rama




Subhanallah..Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.


Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.


Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.


Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.


Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.


"Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang"...

0 comments:

Wahai Muslimah..JADILAH SEPERTI EPAL...




" aku sering bertanya dan tertanya..kenapala diriku tidak seperti orang lain??..aku tak ada yang berpunya/pakwe/yang special macam kawan2 aku yg lain..aku pon nak jadi cam diorang jugak..macam best je ada pakwe ni...hmm..pada suatu hari aku bertanya pada seorang kwn disebelahku..knp aku xdak orang yang nak kt aku?...kwn aku kata : aku mahal..aku tnya kenapa aku mahal?..dia kata sebab aku xjatuh ke tanah mcm org lain..orang lain murah sbb diaorang jatuhkan diri ke bumi untuk dikutip oleh manusia..owh..rupa2nya perumpamaan yg ingin disampaikan pada aku seperti buah epal..baru aku phm..ada hikmahnya aku xdipetik lagi..." ^_^


Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik kerana ia akan gugur ke tanah. epal yang berkualiti berada di puncak… memang sukar untuk dipetik. terkadang epal itu risau, kenapa aku belum dipetik, lantas ia merendahkan martabat dan menggugurkan martabat dan diri ke bumi. sedangkan Allah jadikan dia tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya…

Renung2kanlah wahai sahabat..

Alhamdulillah aku masih di puncak..semoga ia dipetik oleh orang2 yang hebat...InsyaALLAH..amin ya rabbal aalamin...^_^

0 comments:

Siapakah Orang Yang Terbaik??..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang sentiasa mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ida mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman. a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" dengan lafaznya pula,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini" serta sambil mengukir senyuman diwajahnya.



Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan segala nikmat yang diperolehi dan pula sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang apabila sudah sampai usia pertengahan dari umurnya namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan kepada Allah Taala.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang apabila dia meninggal dunia sambil membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah sempit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak, kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka Allah Taala.

^_^

0 comments:

Mayatnya Tidak Diterima Bumi..

MUSTAFA KAMAL ATATURK - Mayatnya Tidak Diterima Bumi

Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK??

...Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na'udzubillahi min zaalik....

Wallahu'alam

2 comments:

Unisza Banjir??!!....

FIRST time banjir kat Unisza..
bersamaan 7 JAN 2011-8 JAN 2011













Subhanallah...cantiknya ^_^
semangat meredahi banjir untuk sesuap nasi...hehe





Kenangan terindah seumur hidupku..

0 comments:

Ubat Pencuci Dosa??

Hasan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yg sedang duduk diatas sebuah kerusi, dihadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 PERKARA iaitu:

1) Ambil olehmu akar kayu FAKIR dan akar kayu TAWADUK.
2) Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama TAUBAT.
3) Lalu masukkan semua ke dalam lesung REDHA.
4) Giling sampai halus dengan pengetam QANA'AH.
5) Kemudian masukkan ke dalam periuk TAQWA.
6) Tuangkan ke dalamnya air HAYAK (MALU).
7) Lalu didihkan dengan api MAHABBAH (CINTA).
8) Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk SYUKUR.
9) Kipaskan dengan kipas angin RAJAK (HARAPAN).
10)Kemudian minumlah dia dengan sudu PUJIAN.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan akhirat".

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

0 comments: