Siapakah Orang Yang Terbaik??..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang sentiasa mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ida mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman. a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" dengan lafaznya pula,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini" serta sambil mengukir senyuman diwajahnya.



Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan segala nikmat yang diperolehi dan pula sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang apabila sudah sampai usia pertengahan dari umurnya namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan kepada Allah Taala.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang apabila dia meninggal dunia sambil membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah sempit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak, kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka Allah Taala.

^_^

0 comments: