2013 - Praktikal ^^

Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah..bersyukur aku kehadrat ILAHI kerana masih diberi peluang untuk menukil luahan hati ku di laman ini. Alhamdulillah juga, sepanjang aku belajar di UniSZA selama 3 tahun, dan sekarang telah menjangkau hampir 4 tahun aku menjalani hidup di bumi Terengganu. Sekarang aku berada di tahun keempat dimana aku berada pada semester yg ke-7 dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi & Dakwah). Pada semester ini aku akan menjalani Praktikal @ Latihan Ilmiah. Praktikal adalah satu sesi dimana segala pembelajaran ku selama 3 tahun akan diaplikasikan dalam menempuh realiti alam pekerjaan. Akan ku gunakan ilmu yang tersemat di kalbuku untuk disumbang kepada masyarakat. InsyaAllah. Doa dan harapanku juga kepada teman seperjuangan yang berhadapan dengan situasi yang sama agar urusan kami semua dipermudahkan olehNYA. Maka sampai disini saja nukilan ku pada hari ini. InsyaAllah minggu depan bermulalah hidupku sebagai pelatih di Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang - iaitu di PKMD SPU. Moga kita sama2 dapat manfaat dari apa yang kita lakukan dan jangan lupa mulakan hari kita dengan berdoa...InsyaAllah. ^_^

0 comments: