Kursus Bakery..^_^

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..pertama skali aku ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNYA kerana memberi aku peluang untuk attend kursus harini..hehe..tak Lupa jgk selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Kursus Bakery yang aku attend harini hanya setengah hari je..mula pukul 2 ptg tdi. Mula2 masuk kursus tu takut juga aku..hehe..tapi bila tengok ramai pesertanya usia sebaya mak aku, aku jadi tenang semula..tapi kan yang aku tak sangka tu, aku SORANG je yg paling muda kt situ..haha..nk tergelak aku..kihkih..

Kursus ni dah lama mula mengikut maklumat yg aku terima dari makcik2 kt situ..hehe..tapi harini ada jgkla org baru cam aku ni..tapi yg bagusnya ada sorg je bdk laki..umur myb tua sikit dari aku..haha..Chef dia khas dari Indonesia mari..hehe..tapi chef ni org kita gak..melayu gak..cuma kerja je ngn company COKLAT kt Indonesia. Disamping tu nk promote produk coklat tu gak..hehe..bagus punya chef..Nama CHEF ni Chef Khairi,,hehe lawak pakcik ni..kihkih..

ok2..Pelajaran rini ttg cara nk wat PAI..lebih kpd Pastry..wat pai n intinya..Fuhh..senangnya nk wat..ceh2..skang ni baru aku tau jenis Coklat yg digunakan sesetengah Chef or Pakar coklat utk wat coklat..Coklat ni ada 3 GRADE..1st grade CONVERTURE (Real Coklat),2nd grade COMPOUND, n 3rd grade COOKING CHOCOLATE.

Kalau yg Grade 1 tdi biasa digunakan oleh Pakar Coklat/pembuat coklat yg selalu gunala utk wat bermacam coklat..antara sebabnya Coklat dia real, sedap n penting skali Kualitinya yg standardla..Tapi mmg mahal. Cth: SECRET RECIPE, DOME CAFE, BIG APPLE.. manakala yg Grade 2 Compound selalu digunakan oleh chef2 utk pelbagaikan coklat n rasanya pon sedap lbih kurg sama ngn converture tdi..kualiti bagus jgkla n sedap..yg grade 3 tu pula selalu digunakan oleh bakery n org kita gak.sebabnya satu produk dia murah,boleh tahan,sedap, kualiti pon okla..yg penting semua boleh guna utk diri hehe..n bermanfaat kt org lain.haha..

Sekarang baru aku tau kenapa KEK kt Secret Recipe tu lain dari yg lain, icing dia bukan cm kt kedai kek yg selalu kita tgok..Sebabnya diorg xguna icing tapi guna Whipping Cream sejenis cream jgkla sebb tu rasa lain dari yg lain..N paling utama SECRET RECIPE ni xguna Gelatin..yela kan gelatin kn sekrg kita nk guna pon rasa was2..takut terkandung bahan2 yg ada kaitan ngn Babi n bahan beracun,..hehe..

N Chef Khari ni terkenal jgkla kt Malysia ni..hehe.. jgk yg wat kek kt secret recipe tu..ada hasil ciptaannya kt situ yg berkaitan ngn CHEESE..hehe..cthnya: New York Cheesecake, oreo cheesecake, n byklagi la..n produk Coklat yg digunakan adalah COLATTA..jenis coklat standard dari Indonesia..

Nanti aku tunjukkn pai2 yang dibuat tadi oleh Chef Khairi..hehe..harini wat 3 jenis je..iaitu 1)MILK WALNUT CRUMBLE PIE, 2)STRAWBERRY CHEESE PIE, 3)CHOCOLATE ORANGE PIE..hehe berbaloi jugak aku pgi..kursus yg Chef Khairi ni wat kt tempat aku kna charge RM30 je..hehe..

yang bestnya bila waktu balik dapat makan free pai yg dia wat, pastu dpt recipe lgi n paling BEST dapat COKLAT COLATTA big size bar..haha..seronok aku xmau2..haha..bestnya..klu cmnila aku nk pgi slalula..haha.

GAMBAR CHEF KHAIRI N PAI..








Sekian disini saje ye..hehe..^_^

0 comments:

Bersyukurlah..

Bersyukurlah..
Andai kau dilahirkan sebagai seorang ISLAM.
Andai kau dilahirkan ke dunia ini dengan bimbingan yang baik yang
tak mampu orang lain dapat.

Bersyukurlah..
Andai kau dianugerahkan tubuh badan yang sempurna,
tiada cacat cela dan sihat yang segelintir orang
tak mampu dapat seperti yg kau miliki.

Bersyukurlah..
Andai kau dikurniakan PANCAINDERA yang sempurna yg tak semua orang memilikinya.

Bersyukurlah..
Andai kau diberi peluang bernafas lagi di dunia ini setiap kali
kau bangun dari tidurmu.

Bersyukurlah..
Andai kau diberi nikmat dan rezeki yang tak pernah surut.

Bersyukurlah..
Andai kau dikurniakan teman dan sahabat yang tak pernah lupa pada dirimu.

Bersyukurlah..
Andai kau diberi didikan yang sempurna oleh para Pendidikmu.

Bersyukurlah..
Andai kau diberi Kasih Sayang dari keluargamu dan sahabatmu
yang mungkin orang lain tak pernah merasainya.

Bersyukurlah..
Andai kau diberi ujian yang pahit supaya kau dapat rasai kemanisannya.

Bersyukurlah..
Andai kau diberi kegagalan yg mungkin tak pernah dirasai oleh
orang yg tak pernah gagal dalam kehidupannya.

Bersyukurlah..
Andai kau memilki ilmu pengetahuan yang luas yg tak semua orang dapat kecapinya.

Bersyukurlah ..
Andai kau diberi Kebahagiaan Hidup yg tak semua orang dapat merasainya.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, dengan apa yg dimiliki,
dengan apa yg dikurniakan, dengan apa yg diberikan dan dengan apa yg dianugerahkan.

Hargailah segala perkara yang dikurniakan kepadamu selagi kau masih mampu, selagi kau masih hidup.

Janganlah kau berasa megah, angkuh dan sombongkan diri dengan kelebihan dan keistimewaan yang kau miliki nescaya semua itu hanyalah PINJAMAN dari ALLAH s.w.t..
Janganlah kau sombongkan diri kepadaNYA, TUNDUKLAH kepadaNYA, TAAT SETIALAH kepada PerintahNYA, dan JAUHIlah LaranganNYA.

" Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKU nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKU, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina."

{Surah al-Ghafir(40):60}

0 comments:

Luahan REMAJA yg bermasalah...

Alhamdulillah...
Segala puji-pujian bagi ALLAH s.w.t yg memberi peluang untuk aku bernafas di muka buminya ini..dan selawat ke atas junjugan Nabi Muhammad s.a.w sbgai Pesuruhnya..
Aku ingin berkongsi rasa dan luahan hati teman2 diluar sana yg bermasalah..Kerana aku sendiri juga pernah menghadapi saat2 spt mereka..dan saat2 kepahitan dulu amatlah berharga buat diriku skrg..Insyaallah akan ku kekal dan istiqamah dalam kehidupanku.Aku pernah menjadi teman mereka, pernah menjadi pendengar setia masalah mereka dan aku juga pernah terjerat dalam kehidupan spt mereka ini..Aku bersyukur kerna memberi peluang kpdaku untuk merasakan saat2 itu dan peluang untuk diriku berubah menjadi diriku yg sekarang..ALHAMDULILLAH.


Pernahkah kita menyelami hati dan perasaan REMAJA pada masa kini?..

Pernahkah kita mengambil berat keatas diri mereka?..

Pernahkah terdetik dalam diri kita untuk memahami kenapa mereka terlibat dgn masalah2 ini?..

Pernahkah kita ada untuk mereka ini?..

Tidak adakah belas kasihan dan simpati kita kepada mereka ini?..

Pernahkah kita terdetik hati untuk membantu mereka ini?..

JIKA ADA ALHAMDULILLAH..
JIKA TIADA, BERFIKIRLAH SEJENAK TENTANG MEREKA..

Janganlah kita hanya berpangku tangan shj melihat mereka..
Janganlah kita memandang serong kepada mereka..
Janganlah kita menuding jari kepada mereka tanpa membantu mereka..
Janganlah kita asyik menyalahkan mereka terhadap perbuatan mereka ini..
Janganlah kita mengelakkan diri dari mereka..
Janganlah kita menyumpah seranah mereka..

Pandanglah sekeliling kita..
Pandanglah mereka sebagai kawan kita..

Sesungguhnya mereka tidak pernah minta untuk jadi begini...
Sesungguhnya mereka amatlah perlukan perhatian dari kita...
Sesungguhnya mereka juga ingin berubah..
Sesungguhnya mereka ini amat perlu akan bimbingan dari kita..
Sesungguhnya mereka ini diberi ujian olehNYA yg xmampu mereka tangani..
Sesungguhnya mereka juga adalah insan biasa, manusia biasa, punya kekurangan dan kelemahan spt kita..
Cuma mereka ini kurang bernasib baik..

Tidak ada guna jika kita gelar diri kita sebagai kawan, teman dan sahabat..
Tidak ada guna jika kita gelar diri kita pejuang Ummah jika masalah saudara seIslam sekeliling kita tidak tau langsung..
Jika masalah dunia kita boleh amik tau, tetapi masalah kawan di sebelah kita, tak pernah kita pandang inikan pula kita kata kita paham mereka...
Masih layakkah kita digelar kawan,teman dan sahabat???...

MasyaAllah..
SEDARLAH DIRI SIKIT...

YA ALLAH, JANGANLAH PALINGKAN KASIH DAN SAYANG ENGKAU DARI MEREKA INI.
SESUNGGUHNYA MEREKA INI SANGATLAH PERLUKN HIDAYAH DAN PETUNUJUK DARIMU.

IKHLAS DARI HATIKU..(untuk teman2 diluar sana juga yg mengenali diriku)

0 comments:

Jagalah Diri..

WAHAI TEMAN...

JAGALAH MATA..
SESUNGGUHNYA MATA ITU ADALAH PANDANGAN KITA DIDUNIA...

JAGALAH TELINGA..
SESUNGGUNHYA TELINGA ITU ADALAH PENDENGARAN KITA DIDUNIA...

JAGALAH MULUT..
SESUNGGUHNYA MULUT ITU ADALAH LISAN KITA DIDUNIA...

JAGALAH TANGAN DAN KAKI..
SESUNGGUHNYA TANGAN DAN KAKI ITU ADALAH PERBUATAN/PERLAKUAN KITA DIDUNIA..
SESUNGGUHNYA TANGAN DAN KAKI ITULAH YG MEMBAWA KITA KE JALAN YG BENAR ATAU SEBALIKNYA...

JAGALAH HATI..
SESUNGGUHNYA HATI ITU ADALAH IMAN DAN NAFSU KITA DIDUNIA..
DAN SESUNGGUHNYA HATI ITU JUGALAH YG MEMBENTUK DIRI KITA SAMADA BAIK ATAU BURUK KETIKA DIDUNIA...

SESUNGGUHNYA SEMUA INI ADALAH PINJAMAN YANG SEMENTARA KPD KITA DARI ALLAH S.W.T..
MAKA JANGANLAH KITA SOMBONG DAN BONGKAK KETIKA MENGGUNANYA..
SENTIASA INGATKAN DIRI BAHAWA ANUGERAH YG DIBERI INI ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN DARINYA..
GUNALAH IA SEBAIK-BAIKNYA..

NESCAYA KITA AKAN DITANYA KELAK OLEH ALLAH S.W.T KETIKA DIPADANG MAHSYAR..
KETIKA ITU MULUT KITA AKAN DIKUNCI..
DAN YANG MENJAWAB BAGI PIHAK KITA ADALAH SETIAP ANGGOTA TUBUH BADAN KITA..
MEREKA INILAH YG AKAN MEWAKILI DIRI KTA BERKATA2 DGN ALLAH SETIAP PERBUATAN SAMADA KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN KITA DIDUNIA..
MASYAALLAH,

WAHAI TEMAN...
JANJI ALLAH ITU BENAR..
MAKA BERTAUBATLAH..GERUNLAH DAN TAKUTLAH DENGAN AZAB API NERAKA ALLAH.S.W.T..
INSAFLAH WAHAI DIRI..

0 comments:

Alhabib Islamic Web Service

Alhabib Islamic Web Service

0 comments:

CARA UNTUK MENDAPATKAN IMAN

Banyak orang menyangka ia orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam.

Iman perlu diusahakan untuk memperolehinya. Bagaimanakah hendak mendapat Iman?

1.Melalui MUJAHADATUNNAF.

Mujahadatunnaf ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan.
Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:

a) TAKHALLI: Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah
b) TAHALLI : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.
c) TAJALLI : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.


2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan AMALAN SUNAT.

Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.


3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui TAFAKUR.

Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian.


Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman. Jelaslah bahawa iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Susahpayah pasti akan diharungi. Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah, contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan, biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka.

0 comments:

SABARLAH..

Dugaan adalah satu kebiasaan,
bagi hati2 yang rindukan keredhaan ILAHI..

Bukanlah bergelar insan andai tiada dugaan,
kerana dunia itu adalah hamparan UJIAN..

Setiap insan pasti berdepan dengan mehnah ujian,
Cuma bentuknya sahaja yang berbeza mengikut KEMAMPUAN..

Ada yang dalam DERITA hingga menitisnya AIRMATA..
Rebahnya JIWA dalam menghadapi ujian melanda..
Dan ada yang dihamparkan KEBAHAGIAAN..
untuk menguji KESYUKURAN..


" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada (musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. " {Al-Baqarah : 155}

Setiap dugaan dan ujian dari ALLAH s.w.t adalah merupakan Kasih dan Cintanya kepada setiap hambanya untuk melihat adakah hambanya masih setia beriman kepadanya?..apakah hambanya masih kuat menghadapi setiap ujian yg diberinya?..dan melihat bagaimana kita menghadapi setiap ujian itu. Maka janganlah kita cepat berputus asa kepadanya,bersangka baiklah dan bertawakal kepada ALLAH s.w.t..nescaya setiap ujian yg diberi pasti ada jalan keluarnya dan pasti ada Hikmah disebaliknya. Kuatkanlah kesabaran dalam diri kita kerana SABAR itu juga merupakan sebahagian daripada IMAN.

0 comments:

Kuatkanlah Diriku.. Ya Rabb...

Ya Allahu Ya Aziz,

Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu
yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan
,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim
didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini
,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia
,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan
hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu
.


Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu
Ya Allah.

0 comments: